Jam Dan Kalendar

Monday, April 13, 2009

AKADEMI FANTASIA 7 : Aura Bumi Kenyalang


Setelah enam musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati para peminat seni tanahair, kini demam AF musim ke-7 kembali menggegarkan dengan pemilihan Datin Seri Tiara Jacqueline sebagai Pengetua Akademi .

Saya bukan peminat setia AF dan jarang mengambil tahu perkembangan AF semenjak Vince (AF1) sehinggalah Stacy (AF6) menjadi juara. Namun untuk musim ke-7 ini, setelah 5 minggu bersiaran, apa yang menarik minat saya ialah ketiga-tiga pelajar AF7 yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Setelah menyaksikan Adila (minggu ke-2),Obri (minggu ke-3), Rini (minggu ke-3), Rubisa (minggu ke-4), Zizi (minggu ke-4) dan Sidi (minggu ke-5) mengusung beg masing-masing keluar dari Akademi, ketiga-tiga bintang bumi kenyalang ini masih mampu bertahan dihati rakyat Malaysia.

AF7 kali ini turut mebuat kejutan tersendiri apabila kedua-dua pelajar dari Sabah telah terkeluar di minggu ke-3, dan ini bermakna tiada lagi pelajar-pelajar dari Sabah akan memonopoli Konsert akhir seperti musim-musim sebelumnya.

Jom kita kenali ketiga-tiga pelajar AF7 dari Sarawak.

HAFIZ

Nama Penuh :
Mohd Hafiz Bin Mohd Suip

Nama Manja :
Abang

Umur:
19 Tahun

Tarikh Lahir :
27 Februari 1990



CLAUDIA

Nama Penuh :
Claudia Fay Geres

Nama Manja :
Fay

Umur:
23 Tahun

Tarikh Lahir :
5 November 1985


AISHAH

Nama Penuh :
Siti Aishah Bt Bujang

Nama Manja :
Kak Jot/Asya

Umur:
18 Tahun

Tarikh Lahir :
14 Januari 1991


Ketiga-tiga pelajar ini memiliki keunikan vokal yang tersendiri. Hafiz adalah merupakan pelajar lelaki Akademi yang paling konsisten persembahan vokal dan persembahan pentas. Sehingga dia adalah pilihan pengkritik tetap setiap kali dia membuat persembahan. Ini dibuktikan pada minggu pertama konsert pihak tenaga pengajar sebulat suara memilih dia sebagai "Pelajar Cemerlang". Lagu tugasan yang telah diberikan kepada Hafiz adalah seperti Lagu Kita (Minggu Pertama), Cinta Ini Membunuhku / Toyol (Minggu Ke-2), Mat Disko (Minggu Ke-3), Cinta Ini (Minggu Ke-4) dan Terlanjur Cinta (Minggu Ke-5 berduet bersama Mila AF5).

Claudia yang dikatakan memiliki persamaan dengan penyanyi Dayang Nurfaizah dari segi penampilan dan vokal sememangnya tidak asing di negeri Sarawak. Ini adalah kerana dia memiliki beberapa album di dalam bahasa tempatan (Iban dan Bidayuh). Ibu kepada seorang anak lelaki ini, sememangnya mempunyai keyakinan tinggi setiap kali dia beraksi dalam konsert mingguan AF, gayanya seperti seorang penyanyi profesional membuat pengkritik berpuas hati setiap kali kritikan diberikan selepas persembahan. Antara lagu-lagu yang pernah disampaikan sepanjang konsert adalah seperti Sempurna (Minggu Pertama), Wanita / Ku Mahu (Minggu Ke-2), Lama Tak Jumpa (Minggu Ke-3), Suralaya Dalam D Major (Minggu Ke-4) dan Kau Muzik di Hati Ku (Minggu Ke-5 berduet bersama Vince AF1).

Si kecil manis bersuara lantang Aishah pula memiliki personaliti yang paling comel di dalam Akademi. Sehingga persembahan minggu ke-5, para pengkritik mendapati dia sentiasa konsisten dalam persembahan dan pengkritik jarang memberikan komen-komen yang pedas setiap kali dia selesai membuat persembahan. Sepanjang konsert musim ini, dia telah diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu seperti, Dan Sebenarnya (Minggu Pertama), Coba / Gila (Minggu Ke-2), Mata (Minggu Ke-3), Mentari Merah Di Ufuk Timur (Minggu Ke-4) dan Dua Hati Menjadi Satu (Minggu Ke-5 berduet bersama Alif Aziz).

Untuk minggu ke-6 (Minggu Band) ini tugasan lagu yang diberikan kepada ketiga-tiga pelajar Sarawak ini adalah seperti Hafiz (Pak Belalang - Kristal), Claudia (Keindahan Pantai - Kristal ) dan Aishah (Segi Tiga - Cokelat). Jangan lupa saksikan persembahan ketiga-tiga pelajar ini di konsert ke-6 yang disiarkan melalui Astro Ria Siaran 104 bermula jam 9.00 Malam sabtu ini. Dan jangan lupa afundi mereka... hehehe...



MENGHADAPI KRISIS


Dalam situasi krisis kegawatan global masa kini, ramai yang telah kehilangan pekerjaan, rumah, keluarga bahkan ada yang bertindak bodoh mengakhiri hidupnya dengan bunuh diri. Namun kita harus sedar yang tiada seorang pun yang tidak pernah mengalami krisis dalam hidupnya. Berbagai pandangan juga berbeza-beza ketika mereka mengharungi sesebuah krisis, ada yang mampu bertahan tapi ada juga yang gagal. Ini tidak kira sama ada krisis keluarga, pekerjaan, kesihatan, persekitaran mahupun ekonomi, pendek kata semua yang ada diatas muka bumi ini selama kita hidup, kita akan dan pernah mengalaminya.

Disini ingin saya kongsikan pengalaman ketika mengharungi masa-masa krisis itu dalam hidup saya. Saya percaya tidak ramai yang bersetuju dengan apa yang saya cuba kongsikan bersama-sama ini. Tapi biarlah ia boleh menjadi berkat bagi kita, dan saya mengakui tidaklah mudah untuk kita tabah mengharungi masa-masa krisis itu, saya sedari kita hanyalah manusia biasa, dan dengan kasih kurniaNya sajalah kita akan terus tabah. Salah satu kekuatan itu adalah lihatlah krisis itu sebagai proses dimana kita sedang memasuki satu keadaan yg lebih baik yg telah disediakan olehNya. Ya hanya melalui kaca mata rohani iaitu iman, kita akan mampu dan mengerti bahawa ketika kita menghadapi krisis, Tuhan sedang membawa kita kepada hal-hal yang baru.

Disini disediakan 12 panduan untuk kita mengharungi mana-mana krisis:-

1. Sebetulnya bahawa KRISIS itu normal saja.
Ini penting menjadi sebahagian dalam prinsip hidup kita. Krisis itu adalah sebuah perubahan dari keadaan sekarang, kepada sebuah keadaan yang belum kita ketahui. Sebagaimana Krisis yang diharungi bangsa Israel bukanlah mereka gagal ketika mereka menghadapi Firaun, tetapi mereka gagal ketika mengharungi sebuah perubahan dari kehidupan Tanah Mesir menuju kehidupan Tanah Perjanjian. Apa yang menjadi pola hidup mereka, bahawa mereka melihat krisis sebuah bencana yang membawa mereka kepada kematian di padang gurun. Saya percaya hal ini banyak terjadi dalam hidup kita.Tuhan tidak pernah rugi untuk memberikan tanah yang melimpah dengan susu dan madunya, tetapi masalahnya adalah kita tidak bersedia menerimanya ketika kita melewati sebuah perubahan dalam hidup kita, iaitu dari keadaan yang kita sukai menuju keadaan yang belum kita ketahui. Ingat Roh Allah selalu bergerak dari keadaan zon selesa menuju zon tidak selesa agar keadaan itu menjadi selesa semula.

2. Lihatlah gaya hidup Yesus yang selalu mengampuni.
Siapa yang harus diampuni? Yang pertama adalah diri kita sendiri, kenapa? Kerana pada saat kita menghadapi krisis, yang sering kita lakukan adalah menyalahkan diri kita sendiri, akibatnya kita terjerat kepada perangkap Iblis iaitu tidak dapat mengasihi atau mengampuni orang lain, sebab bila diri kita sendiri saja tidak dapat kita kasihi atau ampuni bagaimanakah kita dapat mengasihi dan mengampuni orang lain? FirmanNya katakan: "Orang yang murah hati berbuat baik kepada diri sendiri, tetapi orang yang kejam menyiksa badannya sendiri. "
Imbang Penuh
Tahukah saudara, Tuhan membawa kita menghadapi krisis untuk mengubah gaya hidup kita, agar serupa dengan gaya Hidup Yesus.

3. Sedarlah bahawa Tuhan Bapa adalah sumber Kita.
Sesiapapun hidup dalam dunia ini mereka harus sadar bahwa Tuhan adalah sumber berkat itu. Satu hari ketika saya sedang menyiram tanaman dengan menggunakan gayung, saya merasakan seperti ada suara berbisik "siapakah yang pertama kali menikmati air dari baldi itu? Tanaman atau gayung?". Hati saya menjawab: "Tanamannya". Dan suara berbisik itu menjawab: "engkau salah, yang pertama kali menikmatinya adalah gayung itu dan barulah tanamannya. Akulah baldi itu, Akulah sumber berkat itu. Jika engkau mau menjadi gayungKu, Aku akan pakai untuk menyirami begitu banyaknya tanaman yang kering". Pernahkah kita berpfkir bahawa Tuhan tidak hanya sumber berkat itu, tetapi Dia juga menyediakan segala macam, jenis, sifat, model, bahkan berkat yang tidak pernah kita minta, seperti yang Dia katakan: Mintalah Berkat bagi Orang yang Mengutuk kamu.

Pernahkah saudara minta jenis berkat ini? Wah luar biasa !! Kalau jujur sering kita hanya minta berkat jasmani, kewangan, kesihatan, kaurnia, bakat, pekerjaan dan banyak lagi sehingga tidak mampu dihitung dengan jari.

Pada masa krisis sering kita syak wasangka terhadap orang lain bahkan juga sebaliknya, kita disalah-ertikan oleh orang lain. Mintalah berkat bagi yang mengutuk kita, jenis berkat ini adalah berkat yang begitu mahal yang tidak dapat dinillai oleh apapun, kenapa? Sebab siapakah didunia ini yangg memberikan berkat kepada seseorang pada saat orang yang menerima berkat itu mengutuk pemberi berkat?

4. Tetap Tenang dan Jangan Panik.
Ramai anak-anak Tuhan berasa di dalam keadaan panik ketika krisis itu tiba-tiba datang. Ingatlah dengan berada di dalam keadaan tenang dan kepercayan, terletak kekuatanmu. Suara yang tenang namun tegas terdengar ketika Yesus berkata "Calm down!!" kepada angin ribut juga kepada murid-muridNya yg begitu panik dan tidak tahu harus berbuat apa, pada saat perahu mereka hampir tenggelam dilanda angin ribut. Dalam versi English dikatakan: Then He got up and ordered the wind and waves to calm down. And everything was calm. Ya, Yesus memberi arahan kepada Angin dan Gelombang Laut untuk tenang. Puji Tuhan!!

Kita perlu tenang ketika menghadapi krisis, kita perlu menyediakan waktu kita dan mulai mendengarkan suara Roh Allah yang akan berbicara "Tenanglah". Dalam ketenangan sedemikian kita akan lebih peka mendengar suara Allah. Bayangkan ketika kita ditengah-tengah keramaian, adalah amat sulit bagi kita mendengar seseorang yangg sedang berbicara.

Ketika Tuhan menciptakan kita, dikatakan bahwa kita itu seperti gambarNya. Kalau kita punya telinga, Tuhanpun punya telinga. Bila telingamu untuk mendengar bukankah telinga Allah jauh lebih peka dari telinga manusia? Tuhan berfirman; "Dia yang menanamkan telinga, masakan tidak mendengar? Dia yang membentuk mata, masakan tidak memandang?"

5. Pegang prinsip Kemahakuasaan dan Kedaulatan Tuhan.
Semua yang bergerak dan tidak bergerak, segala sesuatu yg kita lihat maupun tidak, yang kita ketahui mahupun tidak, ada dalam kawalan dan kedaulatan Tuhan.

Betapa besarNya Tuhan kita itu, renungkan bahawa Bumi itu hanya seperti setitik air didalam sebuah timba, sebagaimana Yesaya katakan: Sesungguhnya, bangsa-bangsa adalah seperti setitik air dalam timba dan dianggap seperti sebutir debu pada neraca. Sesungguhnya, pulau-pulau tidak lebih dari abu halus beratnya. Tidak ada satupun yang jatuh keatas Bumi ini tanpa keizinan Tuhan Bapa, daun-daun yang jatuh, ranting yang jatuh, dan Tuhan katakan: Bahkan rambut kepalamu pun terhitung semuanya.

6. Tuhan membezakan dan mengenal milik kepunyaanNya.
Masa krisis adalah masa dan waktunya untuk Tuhan menyatakan perbezaan bagi mereka yang menjadi milik kepunyaanNya. Ya saudara, harus ada perbezaan siapa yang menjadi milik Tuhan atau bukan. Orang-orang yang mengenal dan yang dikenal oleh Allahnya, akan mengerti saat-saat mereka menghadapi krisis itu dalam hidup mereka. Firman Tuhan berkata: Tetapi umat yang mengenal Allahnya akan tetap kuat dan akan bertindak.

Ketika kita sedar bahawa krisis adalah alat Tuhan untuk menyatakan bahawa kita umat kepunyaanNya itu adalah sama dengan kita dibezakan dengan orang-orang dunia ini. Antara orang yang sungguh-sungguh dan yang tidak.

Tuhan katakan: Maka kamu akan melihat kembali perbezaan antara orang benar dan orang fasik, antara orang yang beribadah kepada Allah dan orang yang tidak beribadah kepada-Nya.

Semua orang dapat berkata kamipun beribadah, tetapi tidak semua yg beribadah itu menjadi pemenang ketika mengharungi krisis dalam hidupnya. Semua juga dapat berkata, kami adalah orang benar tetapi melalui krisis kita akan tahu apakah kita tetap bersandar pada Kebenaran atau tidak.

Krisis yg dihadapi Sadrakh, Mesakh dan Abednego bukan saja krisis antara tetap beribadah kepada Tuhan atau kepada allah lain. Tetapi mereka mengharungi satu keadaan antara mempertahankan atau menyerahkan keteguhan Iman mereka, krisis itu mencapai puncaknya ketika suara itu keluar dari kedalaman hatinya yg berkata: "Jika Allah kami yang kami puja sanggup melepaskan kami, maka Ia akan melepaskan kami dari perapian yang menyala-nyala itu, dan dari dalam tanganmu, ya raja. tetapi seandainya tidak, hendaklah tuanku mengetahui, ya raja, bahwa kami tidak akan memuja dewa tuanku, dan tidak akan menyembah patung emas yang tuanku dirikan itu."

Krisis adalah kesempatan bagi Tuhan untuk menyatakan siapa saya, siapa saudara dihadapan Tuhan dan Dunia.

7. Jaga pikiranmu untuk tidak membatasi Tuhan.
Oleh kerana pemikiran kita sering membatasi Tuhan, dan untuk itu arahkanlah fikiran kita kepada perkara-perkara Tuhan, perkara-perkara diatas, perkara-perkara tentang perbuatan-perbuatan yg telah dilakukanNya dalam hidupmu.

Untuk kita mampu membezakan kehendakNya pada saat krisis adalah dengan memperbaharui pola pemikiran kita, Paulus ingatkan itu: "Don't be like the people of this world, but let God change the way you THINK. Then you will know how to do everything that is good and pleasing to Him". Bagaimana kita memperbaharui pemikiran kita, Yesus katakan: "Bukanlah kehendakKu, tetapi biarlah kehendakMu yang jadi". Dalam bahasa Inggeris dikatakan: "However, You will must be done, not mine". Izinkan Tuhan memperbaharui fikiran kita dengan mengizikan Dia menyelesaikan, memenuhi setiap ruangan dalam fikiran kita yanggpada dasarnya adalah Let Him finished and must be done.

Sehingga tidak ada lagi ruangan kosong dalam fikiran kita, keranasemuanya telah dipenuhkan olehNya.

8. Ia hanya sementara.
Ingatlah prinsip ini, untuk segala sesuatu yang ada dibawah langit ini ada waktunya. Demikian dengan Krisis, itu hanya sementara,dan ia bukan untuk selamanya. Bila itu selama-lamanya maka sia-sialah apa yang dikatakan Raja Salomo; "Untuk segala SESUATU ada masanya, untuk apapun dibawah langit ada waktunya. Ada waktu untuk menanam, ada waktu mencabut yang ditanam, ada waktu untuk menangis, ada waktu untuk tertawa". Bererti ini adalah hukum yang ada dibawah langit ini, bahawa segala sesuatu yang sedang kita harungi hanyalah sementara. Ada waktunya kita akan menuai, kerana kita pernah menabur. Masa krisis adalah masa dimana kita sedang menunggu tuaian itu. Kita harus bersabar, seperti seorang petani yang menunggu apa yang dia telah tabur. Ada 2 musim hujan yang akan kita hadapi ketika sedang menunggu tuaian; iaitu Hujan musim gugur dan hujan musim semi. Hujan musim gugur adalah waktu dimana kita menanggalkan semuanya, will kita, minda kita, ego kita, yang ertinya semua yg menjadi kekuatan atau kemampuan kita seperti sifat musim hujan yang membuat gugur semua daun-daun, demikianlah seluruh kekuatan daging kita dirontokan, agar kekuatan roh Allah saja yang nyata. Dan hujan musim semi sebelum Penuaian adalah saat tunas-tunas yang baru mulai tumbuh, saat sebelum buah muncul maka tunas-tunas baru yang keluar. Manusia Allah tidak akan nyata didalam kehidupan kita sebelum segala sesuatu dirontokkan. Tunas-tunas pekerjaan Manusia Allah itu pasti nyata sebelum Buah-buah Roh itu siap Dituai. Masa Krisis yg kita harungi sangat menentukan, apakah kita akan menuai buah buah kemenangan atau tidak, itu sama dengan 2 musim hujan yang kita harungi Tidak hairan apabila Rasul Paulus mengatakan, agar kita mengerjakan keselamatan itu dengan takut dan gentar sebab Masa krisis adalah juga karya keselamatan, dimana hidup kita yang sementara menerima yang Kekal itu dalam karya keselamatanNya.

9. Rendahkan diri kita utk menaati Tuhan,

Ingat kekuatan, kemampuan diri sendiri adalah buah-buah dari kesombongan, percayalah bahawa Tuhan akan membela dan membenarkanmu. Raja Daud katakan: "Sebab Engkau membela perkaraku dan hakku, sebagai hakim yang adil Engkau duduk diatas takhta".

10. Jangan tawar hati
,
Ini saya umpamakan seperti orang yang lidahnya tawar, sulit membezakan yang manis dan yang pahit. Saya ingat waktu pernah terlantar di hospital. Ketika jururawat menawarkan makan, dan saya mulai memakan makanan itu. Saya tidak merasakan apa-apa, kerana lidah dan mulut saya tawar atau hambar. Ini disebabkan kerana tubuh saya yang sedang sakit atau tidak ada stamina. Demikian dengan Hati kita jangan sampai tawar ketika melewati krisis, sebab itu hanya perubahan saja. Mungkin dari yang tadinya manis dan sekarang menjadi pahit. Sebetulnya kita bersyukur bila kita masih merasakan yang pahit, itu adalah tanda bahwa hati kita tidak tawar. Yesus katakan sesuatu yg tawar akan dibuang kerana tidak berguna: "kamu adalah garam dunia, jika garam itu menjadi tawar, dengan apakah ia diamsinkan ? Tidak ada lagi gunanya selain dibuang dan dipijak orang".

Banyak anak-anak Tuhan telah menjadi tawar hatinya, dan ketawaran hati membuahkan kekecewaan, dan ketika kita kecewa, kekecewaan itu akan membuahkan kecewa kepada diri sendiri, kepada orang lain dan terakhir kepada Tuhan. Ingatlah jagalah hatimu sebab dari sanalah memancar kehidupan

11. Berkomunikasilah dengan orang yg saudara anggap dapat dipercaya
.
Ingat yang dapat dipercaya ertinya tidak hanya mampu menyimpan rahsia, tetapi yang tidak bocor mulut. Murid-murid Tuhan juga seringkali tidak dapat dipercaya Yesus, berulangkali Alkitab katakan Yesus mengingatkan murid-muridNya agar menyimpan perkara itu, tapi akhirnya mereka tidak mampu menyimpannya. Dapat dipercaya ertinya: Jerih Payah Seseorang Dalam Menjaga Kepercayaan Itu. Firman Tuhan katakan: Berdua lebih baik dari pada seorang diri, karena mereka menerima upah yg baik dalam jerih payah mereka.

12. Bertindaklah berdasarkan prinsip Iman

Iaitu Pengharapan kepada Tuhan, melalui janji-janjiNya firmanNya. Peganglah perkataanNya, JanjiNya, seperti Pemazmur katakan: "Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu, hai Semua orang yang berharap kepada Tuhan".

MENJADI RAMA-RAMA


"Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membezakan manakah yang kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah adalah sempurna." (Roma 12:2)

"BERUBAHLAH (TRANSFORMED)"

Satu perkataan yang menarik. Ia berasal dari dua perkataan Yunani, yang pertama bermakna "ke seberang" dan kedua "bentuk". Dengan itu berubah (transform) bermakna berubah dari yang satu kepada yang lain. Di dalam bahasa Inggeris ia digunakan sebagai "metamorphosis".

Dan apakah "metamorphosis"? Ia merupakan proses beluncas menjadi rama-rama. Bagi saya, itu merupakan ilustrasi yang paling realistik terhadap apa yang berlaku kepada seseorang apabila dia menemui Yesus.

Tuhan menemui kita dalam keadaan kita yang penting diri, angkuh dan melayan diri sendiri, dan kemudian mengambil kita dan mengubah kita. Kini, ia merupakan satu mukjizat. Mungkin ia merupakan mukjizat yang paling besar di antara semua mukjizat.

Tuhan mahu mengambil beluncas seperti saya dan mengajar saya bagaimana untuk terbang. Tuhan mencari perangkak dan menjadikan ia cantik dan memberikan ia sayap. Dan perkara yang baik adalajh Dia boleh melakukannya. Puji Tuhan, Dia mahu mengubah saya. Dia mahu menjadikan saya seperti keperibadianNya; Dia mahu menjadikan saya kepada sesuatu yang lain. Dia ingin untuk menjadikan saya satu makhluk baru menurut imej Yesus.

Yesus menggambarkannya seperti dilahirkan kembali (Yohanes 3:3,5). Paulus turut membicarakan mengenai idea pengubahan ini dalam 2 Korintus 5:17 bahawa umat Kristian adalah makhluk yang baru. Mereka enggan "menjadi serupa dengan dunia ini". Ayat ini pada hari ini boleh diterangkan sebagai "Jangan biarkan dunia di sekeliling kamu membawa kamu sepertinya, tetapi biarkan Tuhan mengubah kamu supaua seluruh kamu akan berubah. Dengan itu kamu akan membuktikan bahawa kehendak Tuhan adalah baik."