Jam Dan Kalendar

Monday, April 13, 2009

MENJADI RAMA-RAMA


"Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membezakan manakah yang kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah adalah sempurna." (Roma 12:2)

"BERUBAHLAH (TRANSFORMED)"

Satu perkataan yang menarik. Ia berasal dari dua perkataan Yunani, yang pertama bermakna "ke seberang" dan kedua "bentuk". Dengan itu berubah (transform) bermakna berubah dari yang satu kepada yang lain. Di dalam bahasa Inggeris ia digunakan sebagai "metamorphosis".

Dan apakah "metamorphosis"? Ia merupakan proses beluncas menjadi rama-rama. Bagi saya, itu merupakan ilustrasi yang paling realistik terhadap apa yang berlaku kepada seseorang apabila dia menemui Yesus.

Tuhan menemui kita dalam keadaan kita yang penting diri, angkuh dan melayan diri sendiri, dan kemudian mengambil kita dan mengubah kita. Kini, ia merupakan satu mukjizat. Mungkin ia merupakan mukjizat yang paling besar di antara semua mukjizat.

Tuhan mahu mengambil beluncas seperti saya dan mengajar saya bagaimana untuk terbang. Tuhan mencari perangkak dan menjadikan ia cantik dan memberikan ia sayap. Dan perkara yang baik adalajh Dia boleh melakukannya. Puji Tuhan, Dia mahu mengubah saya. Dia mahu menjadikan saya seperti keperibadianNya; Dia mahu menjadikan saya kepada sesuatu yang lain. Dia ingin untuk menjadikan saya satu makhluk baru menurut imej Yesus.

Yesus menggambarkannya seperti dilahirkan kembali (Yohanes 3:3,5). Paulus turut membicarakan mengenai idea pengubahan ini dalam 2 Korintus 5:17 bahawa umat Kristian adalah makhluk yang baru. Mereka enggan "menjadi serupa dengan dunia ini". Ayat ini pada hari ini boleh diterangkan sebagai "Jangan biarkan dunia di sekeliling kamu membawa kamu sepertinya, tetapi biarkan Tuhan mengubah kamu supaua seluruh kamu akan berubah. Dengan itu kamu akan membuktikan bahawa kehendak Tuhan adalah baik."


No comments: