Jam Dan Kalendar

Monday, April 13, 2009

AKADEMI FANTASIA 7 : Aura Bumi Kenyalang


Setelah enam musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati para peminat seni tanahair, kini demam AF musim ke-7 kembali menggegarkan dengan pemilihan Datin Seri Tiara Jacqueline sebagai Pengetua Akademi .

Saya bukan peminat setia AF dan jarang mengambil tahu perkembangan AF semenjak Vince (AF1) sehinggalah Stacy (AF6) menjadi juara. Namun untuk musim ke-7 ini, setelah 5 minggu bersiaran, apa yang menarik minat saya ialah ketiga-tiga pelajar AF7 yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Setelah menyaksikan Adila (minggu ke-2),Obri (minggu ke-3), Rini (minggu ke-3), Rubisa (minggu ke-4), Zizi (minggu ke-4) dan Sidi (minggu ke-5) mengusung beg masing-masing keluar dari Akademi, ketiga-tiga bintang bumi kenyalang ini masih mampu bertahan dihati rakyat Malaysia.

AF7 kali ini turut mebuat kejutan tersendiri apabila kedua-dua pelajar dari Sabah telah terkeluar di minggu ke-3, dan ini bermakna tiada lagi pelajar-pelajar dari Sabah akan memonopoli Konsert akhir seperti musim-musim sebelumnya.

Jom kita kenali ketiga-tiga pelajar AF7 dari Sarawak.

HAFIZ

Nama Penuh :
Mohd Hafiz Bin Mohd Suip

Nama Manja :
Abang

Umur:
19 Tahun

Tarikh Lahir :
27 Februari 1990



CLAUDIA

Nama Penuh :
Claudia Fay Geres

Nama Manja :
Fay

Umur:
23 Tahun

Tarikh Lahir :
5 November 1985


AISHAH

Nama Penuh :
Siti Aishah Bt Bujang

Nama Manja :
Kak Jot/Asya

Umur:
18 Tahun

Tarikh Lahir :
14 Januari 1991


Ketiga-tiga pelajar ini memiliki keunikan vokal yang tersendiri. Hafiz adalah merupakan pelajar lelaki Akademi yang paling konsisten persembahan vokal dan persembahan pentas. Sehingga dia adalah pilihan pengkritik tetap setiap kali dia membuat persembahan. Ini dibuktikan pada minggu pertama konsert pihak tenaga pengajar sebulat suara memilih dia sebagai "Pelajar Cemerlang". Lagu tugasan yang telah diberikan kepada Hafiz adalah seperti Lagu Kita (Minggu Pertama), Cinta Ini Membunuhku / Toyol (Minggu Ke-2), Mat Disko (Minggu Ke-3), Cinta Ini (Minggu Ke-4) dan Terlanjur Cinta (Minggu Ke-5 berduet bersama Mila AF5).

Claudia yang dikatakan memiliki persamaan dengan penyanyi Dayang Nurfaizah dari segi penampilan dan vokal sememangnya tidak asing di negeri Sarawak. Ini adalah kerana dia memiliki beberapa album di dalam bahasa tempatan (Iban dan Bidayuh). Ibu kepada seorang anak lelaki ini, sememangnya mempunyai keyakinan tinggi setiap kali dia beraksi dalam konsert mingguan AF, gayanya seperti seorang penyanyi profesional membuat pengkritik berpuas hati setiap kali kritikan diberikan selepas persembahan. Antara lagu-lagu yang pernah disampaikan sepanjang konsert adalah seperti Sempurna (Minggu Pertama), Wanita / Ku Mahu (Minggu Ke-2), Lama Tak Jumpa (Minggu Ke-3), Suralaya Dalam D Major (Minggu Ke-4) dan Kau Muzik di Hati Ku (Minggu Ke-5 berduet bersama Vince AF1).

Si kecil manis bersuara lantang Aishah pula memiliki personaliti yang paling comel di dalam Akademi. Sehingga persembahan minggu ke-5, para pengkritik mendapati dia sentiasa konsisten dalam persembahan dan pengkritik jarang memberikan komen-komen yang pedas setiap kali dia selesai membuat persembahan. Sepanjang konsert musim ini, dia telah diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu seperti, Dan Sebenarnya (Minggu Pertama), Coba / Gila (Minggu Ke-2), Mata (Minggu Ke-3), Mentari Merah Di Ufuk Timur (Minggu Ke-4) dan Dua Hati Menjadi Satu (Minggu Ke-5 berduet bersama Alif Aziz).

Untuk minggu ke-6 (Minggu Band) ini tugasan lagu yang diberikan kepada ketiga-tiga pelajar Sarawak ini adalah seperti Hafiz (Pak Belalang - Kristal), Claudia (Keindahan Pantai - Kristal ) dan Aishah (Segi Tiga - Cokelat). Jangan lupa saksikan persembahan ketiga-tiga pelajar ini di konsert ke-6 yang disiarkan melalui Astro Ria Siaran 104 bermula jam 9.00 Malam sabtu ini. Dan jangan lupa afundi mereka... hehehe...



No comments: